Tujuan kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti permasalahan yang berlaku terhadap banjir di Jalan Sungai Rasau.
Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif pertama untuk
mengenalpasti punca berlakunya banjir. Objektif kedua pula untuk mengkaji kesan
berlakunya banjir. Kajian ini dijalankan di Jalan Sungai Rasau, Klang, Selangor
Darul Ehsan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kuantitatif. Instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, temu bual dan
rujukan(kajian arkib). Sampel kajian ialah seramai 30 orang. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa punca utama banjir berlaku di Jalan Sungai Rasau adalah
kerana berlakunya hujan lebat yang berterusan. Kawasan tersebut tidak akan
mengalami banjir jika hujan lebat yang turun hanya sementara. Banjir yang
berlaku akan memberi kesan yang negatif kepada penduduk dan persekitarannya.
Antaranya adalah banjir boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Kajian ini
merumuskan bahawa kesihatan penduduk akan terjejas disebabkan banjir yang
berlaku kerana hujan lebat yang berterusan.
c0nt0h PbS pengaj!an @m penggal2
Ahad, 31 Ogos 2014
pengenalan&objektif
Pengkaji telah memilih tema untuk
menyediakan kertas kerja Pengajian Am Penggal 2 iaitu EKOLOGI PERSEKITARAN.
Definisi bagi ‘ekologi’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai tiga
makna. Pertama, kajian tentang hubungan antara organisasi hidup dengan
persekitarannya. Kedua, hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan
persekitaran. Ketiga, keseimbangan sistem mengalami kerosakan sehingga
menimbulkan pelbagai bencana. Definisi bagi ‘persekitaran’ pula ialah kawasan
disekeliling sesuatu tempat.
Sebelum ini, beberapa buah negeri di
Malaysia dilanda banjir yang kesannya begitu teruk, antaranya ialah Johor,
Terengganu, Pahang, Kelantan, dan Kedah. Banjir kilat pula merupakan suatu
bencana yang lumrah berlaku di bandar-bandar, termasuk di Klang dan di Shah
Alam. Sama ada banjir kilat atau banjir besar, kesannya sama sahaja, iaitu
menjadi satu igauan kepada mangsa. Sebenarnya risiko bencana tersebut dapat
dikurangkan jika kita mengambil langkah proaktif untuk mengelakkannya.
Oleh hal demikian, pengkaji mendapat
cetusan idea untuk melaksanakan kajian yang berkaitan tentang masalah banjir.
Definisi ‘banjir’ berpandukan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah keadaan air
menenggelami atau mengenangi kawasan yang luas. Pengkaji telah memilih Jalan
Sungai Rasau sebagai lokasi kajian. Kajian ini lebih menfokuskan daripada aspek
punca dan kesan yang berlaku dilokasi kajian terhadap penduduk dan
persekitarannya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk
1. Mengenalpasti
punca berlakunya banjir di Jalan Sungai Rasau.
2. Mengkaji
kesan berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut.
lokasi
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta
Peta
1 : Kawasan Jalan Sungai Rasau.
Peta di atas menunjukkan kawasan
kajian ini dijalankan di Jalan Sungai Rasau yang terletak di daerah Klang di
Negeri Selangor. Jalan Sungai Rasau terletak di antara Jalan Padang Jawa dan
Jalan Batu Tiga Lama, Negeri Selangor, Malaysia. Jalan Sungai Rasau terletak
berhampiran dengan Sungai Rasau, dalam daerah Klang, Negeri Selangor. Pendapat
Charles A. Fishr yang menyatakan ‘Klang’ itu bermaksud ‘terusan’ atau jalan
air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu
anak-anak sungai. Antara anak-anak sungai tersebut ialah Sungai Klang, Sungai
Bertek, Sungai Kapar dan Sungai Rasau. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke
hari ini. Populasi penduduk di kawasan Jalan Sungai Rasau kira-kira 2% daripada
jumlah keseluruhan penduduk daerah Klang.
3.2 Gambar
Gambar
1 : Sungai Rasau.
Gambar 1 merupakan Sungai Rasau yang
terletak di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Sungai ini menjadi laluan
aliran air daripada sungai Seksyen 6 dan Seksyen 7 untuk ke Sungai Klang.
Sungai ini juga menjadi salah satu punca yang mengakibatkan banjir berlaku.
Gambar
2 : Kawasan yang sering mengalami banjir.
Gambar 2 merupakan Jalan Sungai Rasau
yang sering mengalami banjir. Kedai-kedai yang berada di kiri dan kanan jalan
ini sering mengalami akibat banjir seperti kedai dimasuki air,
peralatan-peralatan mengalami kerosakan dan sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)