Pengkaji telah memilih tema untuk
menyediakan kertas kerja Pengajian Am Penggal 2 iaitu EKOLOGI PERSEKITARAN.
Definisi bagi ‘ekologi’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai tiga
makna. Pertama, kajian tentang hubungan antara organisasi hidup dengan
persekitarannya. Kedua, hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan
persekitaran. Ketiga, keseimbangan sistem mengalami kerosakan sehingga
menimbulkan pelbagai bencana. Definisi bagi ‘persekitaran’ pula ialah kawasan
disekeliling sesuatu tempat.
Sebelum ini, beberapa buah negeri di
Malaysia dilanda banjir yang kesannya begitu teruk, antaranya ialah Johor,
Terengganu, Pahang, Kelantan, dan Kedah. Banjir kilat pula merupakan suatu
bencana yang lumrah berlaku di bandar-bandar, termasuk di Klang dan di Shah
Alam. Sama ada banjir kilat atau banjir besar, kesannya sama sahaja, iaitu
menjadi satu igauan kepada mangsa. Sebenarnya risiko bencana tersebut dapat
dikurangkan jika kita mengambil langkah proaktif untuk mengelakkannya.
Oleh hal demikian, pengkaji mendapat
cetusan idea untuk melaksanakan kajian yang berkaitan tentang masalah banjir.
Definisi ‘banjir’ berpandukan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah keadaan air
menenggelami atau mengenangi kawasan yang luas. Pengkaji telah memilih Jalan
Sungai Rasau sebagai lokasi kajian. Kajian ini lebih menfokuskan daripada aspek
punca dan kesan yang berlaku dilokasi kajian terhadap penduduk dan
persekitarannya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk
1. Mengenalpasti
punca berlakunya banjir di Jalan Sungai Rasau.
2. Mengkaji
kesan berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan