Ahad, 31 Ogos 2014

kaedah

4.0          METODOLOGI KAJIAN
               Bahagian ini membincangkan sampel kajian, instrumen kajian, dan proses mempersembahkan data.

4.1          Sampel Kajian
               Definisi ‘sempel’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian kecil yang mewakili bahagian yang lebih besar. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang penduduk di kawasan Sungai Rasau, Klang, Selangor. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji. (R.Kuberan et al, 2013)

4.2          Instrumen Kajian
               Definisi ‘instrumen’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah alat atau perkakas. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan temu bual.

4.2.1       Soal Selidik
               Definisi soal selidik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu. Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. (R.Kuberan et al, 2013). Borang soal selidik ini diberikan kepada responden yang sudi bekerjasama. Responden diberi masa beberapa minit untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A merupakan demografi responden. Seterusnya, BAHAGIAN B menyoalkan tentang punca dan BAHIGIAN C menyoalkan tentang kesan berlakunya banjir di kawasan kajian.

4.2.2       Temu Bual
               Definisi temu bual mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah temu ramah atau wawancara. Pengkaji menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan punca dan kesan yang dihadapi oleh penduduk. Kaedah temu bual juga digunakan untuk mendengar penjelasan daripada penduduk mengenai masalah banjir. Kaedah ini dapat membantu untuk memperkukuhkan lagi data-data yang sedia ada. Pengkaji telah menemu bual salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Sesi temu bual mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit.

4.2.3       Rujukan (kajian arkib)
               Pengkaji menggunakan rujukan perpustakaan sama ada buku mahupun internet untuk mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam.

4.3          Proses Pengumpulan Data
               Data kajian akan disediakan dalam bentuk carta pai mengikut peratusan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan