Ahad, 31 Ogos 2014

lokasi

3.0          LOKASI KAJIAN
3.1          Peta
Peta 1 : Kawasan Jalan Sungai Rasau.






          Peta di atas menunjukkan kawasan kajian ini dijalankan di Jalan Sungai Rasau yang terletak di daerah Klang di Negeri Selangor. Jalan Sungai Rasau terletak di antara Jalan Padang Jawa dan Jalan Batu Tiga Lama, Negeri Selangor, Malaysia. Jalan Sungai Rasau terletak berhampiran dengan Sungai Rasau, dalam daerah Klang, Negeri Selangor. Pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan ‘Klang’ itu bermaksud ‘terusan’ atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai. Antara anak-anak sungai tersebut ialah Sungai Klang, Sungai Bertek, Sungai Kapar dan Sungai Rasau. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Populasi penduduk di kawasan Jalan Sungai Rasau kira-kira 2% daripada jumlah keseluruhan penduduk daerah Klang.

3.2          Gambar
Gambar 1 : Sungai Rasau.





          Gambar 1 merupakan Sungai Rasau yang terletak di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Sungai ini menjadi laluan aliran air daripada sungai Seksyen 6 dan Seksyen 7 untuk ke Sungai Klang. Sungai ini juga menjadi salah satu punca yang mengakibatkan banjir berlaku.

Gambar 2 : Kawasan yang sering mengalami banjir.





          Gambar 2 merupakan Jalan Sungai Rasau yang sering mengalami banjir. Kedai-kedai yang berada di kiri dan kanan jalan ini sering mengalami akibat banjir seperti kedai dimasuki air, peralatan-peralatan mengalami kerosakan dan sebagainya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan