6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini telah mengemukakan
data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan
kajian.
6.1 Punca-Punca Berlakunya Banjir.
Berdasarkan kajian yang telah
dibuat didapati bahawa terdapat beberapa punca yang mengakibatkan banjir.
Antaranya, faktor semulajadi seperti hujan lebat yang berterusan.
Seterusnya, responden juga
bersetuju bahawa banjir berpunca daripada air sungai yang melimpah.
Bukan itu sahaja, sistem
perparitan tidak berfungsi dengan baik menyebabkan air tidak dapat mengalir
dengan lancar.
Kawasan kajian merupakan kawasan
tanah rendah yang mudah dinaiki air dan sisa-sisa industri tidak diselenggara
dengan baik.
6.2 Kesan-kesan Berlakunya Banjir.
Berdasarkan kajian yang telah
dibuat didapati bahawa terdapat beberapa kesan daripada banjir. Antaranya,
banjir boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
Seterusnya, responden juga
bersetuju bahawa banjir mengakibatkan kawasan persekitaran menjadi kotor.
Bukan itu sahaja, sisa kotoran
yang bersepah akan mengundang kehadiran serangga perosak dan anjing liar.
Kenderaan bersaiz kecil akan mengalami
kerosakan apabila menempuh kawasan banjir atau terpaksa menunggu sehingga air
kembali surut.
6.3 Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang
dijalankan, dapatan paling utama daripada punca banjir ialah faktor semulajadi
seperti hujan lebat yang berterusan. Punca ini yang akan mengakibatkan punca
yang lain berlaku seperti hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan
membanjiri kawasan petempatan. Dapatan utama daripada kesan banjir ialah kawasan
banjir menjadi kotor apabila air kembali surut dengan sampah sarap dan ranting
kayu yang bersepah serta berlumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan