Tujuan kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti permasalahan yang berlaku terhadap banjir di Jalan Sungai Rasau.
Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif pertama untuk
mengenalpasti punca berlakunya banjir. Objektif kedua pula untuk mengkaji kesan
berlakunya banjir. Kajian ini dijalankan di Jalan Sungai Rasau, Klang, Selangor
Darul Ehsan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kuantitatif. Instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, temu bual dan
rujukan(kajian arkib). Sampel kajian ialah seramai 30 orang. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa punca utama banjir berlaku di Jalan Sungai Rasau adalah
kerana berlakunya hujan lebat yang berterusan. Kawasan tersebut tidak akan
mengalami banjir jika hujan lebat yang turun hanya sementara. Banjir yang
berlaku akan memberi kesan yang negatif kepada penduduk dan persekitarannya.
Antaranya adalah banjir boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Kajian ini
merumuskan bahawa kesihatan penduduk akan terjejas disebabkan banjir yang
berlaku kerana hujan lebat yang berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan