5.2 Punca-Punca Berlakunya Banjir
Jadual 5 menunjukkan item-item
yang terkandung dalam borang soal selidik bagi punca-punca berlakunya banjir di
kawasan kajian.
Jadual
5 : Item-item mengenai punca berlakunya banjir.
BIL
|
ITEM-ITEM
|
SETUJU
|
TIDAK SETUJU
|
||
Kekerapan
(orang)
|
Peratus
(%)
|
Kekerapan
(orang)
|
Peratus
(%)
|
||
1)
|
Banjir
berlaku kerana hujan lebat.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
2)
|
Air
sungai melimpah ke kawasan petempatan.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
3)
|
Longkang
tersumbat menyebabkan saluran air tidak berfungsi dengan baik.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
4)
|
Jalan
Sungai Rasau merupakan kawasan tanah rendah yang menyebabkan mudah dibanjiri
air.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
5)
|
Pembangunan
pesat disekitar lokasi menyumbang kepada masalah banjir.
|
27
|
90
|
3
|
10
|
Rajah
5 : Jumlah kekerapan responden dalam dapatan mengenai punca banjir.
Berdasarkan Jadual 5, semua responden
bersamaan 100% bersetuju bahawa faktor semulajadi seperti hujan boleh
mengakibatkan banjir di Jalan Sungai Rasau. Jika hujan lebat yang turun di
kawasan kajian hanya sementara, ia tidak akan mendatangkan kesan di kawasan
tersebut. Penyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan responden yang telah
di temu bual. Justeru itu, semua responden menyatakan setuju dengan punca ini.
Seterusnya, penyataan kedua ialah air
sungai melimpah ke kawasan petempatan. Penyataan ini juga telah mendapat 100%
persetujuan daripada pihak responden yang berkenaan. Namun, pihak responden
yang di temu bual menyatakan bahawa proses perparitan sedang dibaik pulih oleh
Jabatan Perparitan Selangor (JPS). Oleh itu, punca ini bukanlah punca utama
yang menyebabkan terjadinya banjir di kawasan Jalan Sungai Rasau.
Selanjutnya, bagi penyataan ketiga
iaitu longkang tersumbat menyebabkan saluran air tidak berfungsi telah mendapat
persetujuan semua responden bersamaan 100% daripada hasil soal selidik yang
diedarkan. Penyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan responden yang telah
di temu bual. Justeru itu, semua responden menyatakan setuju dengan punca ini.
Bagi penyataan bahawa Jalan Sungai
Rasau merupakan kawasan tanah rendah yang menyebabkan mudah dibanjiri air telah
dipersetujui oleh semua responden yang berkenaan. Penyataan ini dikukuhkan lagi
dengan kenyataan responden yang telah di temu bual yang mengatakan bahawa air
daripada anak sungai yang mengalir dari Seksyen 6 dan Seksyen 7 akan melalui
Sungai Rasau untuk ke sungai utama iaitu Sungai Klang menyebabkan arus air
menjadi laju. Oleh itu, banjir sering terjadi terutama ketika hujan lebat yang
berterusan. Justeru itu, semua responden menyatakan setuju dengan punca ini.
Seterusnya, bagi penyataan pembangunan pesat
disekitar lokasi menyumbang kepada masalah banjir mendapat persetujuan seramai
27 orang bersamaan 90% dan responden yang tidak bersetuju dengan penyataan
berikut seramai 3 orang bersamaan 10%. Responden yang telah di temu bual telah
mengatakan bahawa walaupun industri yang terdapat di lokasi kajian hanya
industri kecil-kecilan namun sisa-sisa buangan dibuang ke dalam longkang atau
ke dalam sungai yang menyebabkan sungai tersumbat. Oleh itu, kebanyakan
responden menyatakan setuju dengan punca ini.
5.3 Kesan-Kesan Berlakunya Banjir
Jadual 6 menunjukkan item-item
yang terkandung dalam borang soal selidik bagi kesan-kesan berlakunya banjir di
kawasan kajian.
Jadual
6 : Item-item mengenai kesan berlakunya banjir.
BIL
|
ITEM-ITEM
|
SETUJU
|
TIDAK SETUJU
|
||||
Kekerapan
(orang)
|
Peratus
(%)
|
Kekerapan
(orang)
|
Peratus
(%)
|
||||
1)
|
Banjir
boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
||
2)
|
Sampah
sarap terapung diatas air menyebabkan kawasan sekitar kotor apabila air
kembali surut.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
||
3)
|
Sampah
sarap yang bersepah mengundang kehadiran anjing liar.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
||
4)
|
Banjir
menyebabkan kenderaan bersaiz kecil terpaksa menunggu untuk melalui Jalan
Sungai Rasau sehingga air surut.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
||
5)
|
Berkemungkinan,
kenderaan bersaiz kecil akan mengalami kerosakan apabila menempuh kawasan
banjir.
|
30
|
100
|
0
|
0
|
||
Berdasarkan Jadual 6, semua responden
bersamaan 100% bersetuju bahawa banjir boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
Penyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan responden yang telah di temu
bual. Sebilangan penduduk dijangkiti penyakit yang berpunca daripada banjir
seperti taun, denggi, dan gatal-gatal. Justeru itu, semua responden menyatakan
setuju dengan kesan ini.
Seterusnya, penyataan kedua ialah
sampah sarap terapung diatas air menyebabkan kawasan sekitar kotor apabila air
kembali surut. Penyataan ini juga telah mendapat persetujuan daripada pihak
responden yang berkenaan secara menyeluruh. Penyataan ini dikukuhkan lagi
dengan kenyataan responden yang telah di temu bual. Kesan yang dihadapi bukan
sahaja sampah sarap yang bersepah malah ranting kayu berselerakan dan lumpur
yang dibawa oleh arus sungai melimpah ke jalan raya mengakibatkan jalan licin
yang boleh memudaratkan pengguna jalan raya terutama sekali penunggang
motosikal. Oleh itu, semua responden menyatakan setuju dengan kesan ini.
Selanjutnya, bagi penyataan ketiga
iaitu sampah sarap yang bersepah mengundang kehadiran anjing liar telah
mendapat persetujuan semua responden bersamaan 100% daripada hasil soal selidik
yang diedarkan. Penyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan responden yang
di temu bual. Justeru itu, semua responden menyatakan setuju dengan kesan ini.
Bagi penyataan bahawa banjir
menyebabkan kenderaan bersaiz kecil terpaksa menunggu untuk melalui Jalan
Sungai Rasau sehingga air surut telah dipersetujui oleh semua responden yang
berkenaan. Penyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan responden yang telah
di temu bual yang mengatakan bahawa keadaan ini akan menyebabkan kesesakan lalu
lintas terutama sekali pada waktu puncak sama ada orang ramai mahu pergi ke
tempat kerja atau pulang dari tempat kerja. Justeru itu, semua responden
menyatakan setuju dengan kesan ini.
Kesan yang terakhir ialah
berkemungkinan kenderaan bersaiz kecil akan mengalami kerosakan apabila
menempuh kawasan banjir. Penyataan tersebut juga telah dipersetujui oleh 100%
responden yang berkenaan. Penyataan ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan
responden yang telah di temu bual. Justeru itu, semua responden menyatakan
setuju dengan kesan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan